Di antara perkhidmatan yang diambil oleh bakal pengantin, gambar perkahwinan adalah satu-satunya memori yang boleh disimpan untuk seumur hidup yang memberi pelbagai cerita menarik disebalik gambar yang dirakamkan oleh jurugambar.

Hari-hari yang meniti tetap akan berlalu pergi tetapi kenangan yang telah diabadikan semasa hari perkahwinan itulah yang akan sentiasa mekar dan kekal diingatan. Anak-anak yang lahir nanti akan tetap memandang kepada tradisi ibu bapa mereka tentang bagaimana adat perkahwinan yang telah dijalankan semasa generasi sebelumnya. Gambar berkenaan telah menjadi sejarah penting keluarga yang tidak mungkin dapat diubah untuk tatapan seluruh warga akan datang.
Ada seorang kenalan pernah berkata, jika berlaku sesuatu malapetaka seperti kebakaran, banjir dan sebagainya harta utama yang diselamatkan terlebih dahulu adalah gambar dan sijil-sijil. Dokumen ini akan menjadi bukti apa yang telah berlaku pada kita sejak ia mula dirakamkan samada secara bertulis mahupun bentuk bergambar sehingga kini. Oleh itu gambar merupakan bahan terpenting dari segalanya untuk dijadikan sejarah dan bukti selain dari bahan bertulis sebab sekeping gambar mampu menceritakan seribu makna disebaliknya kejadiannya!
Kebanyakan pengantin baru mungkin tidak menyedari bahawa kepentingan gambar perkahwinan mereka berbanding hiasan pelamin, pakaian pengantin dan lain-lain persediaan yang kelihatan grand dimata. Sepatutnya mereka merenung sejenak, adakah segala persediaan yang dibuat yang memakan masa mungkin berbulan dan menelan belanja beribu-ribu ringgit hanya digunakan selama sehari dua sahaja. Singgahsana yang indah itu akan dirobohkan, pakaian pengantin yang cantik gemerlapan itu akan dipulangkan kepada butik pengantin, khemah-khemah pun akan dipulangkan dan segalanya kembali pada keadaan sediakala. Yang kekal hanyalah gambar yang memaparkan bait-bait cinta dan keindahan alam perkahwinan sahaja.
Dan yang lebih menghairankan ramai pasangan pengantin berkata bayaran yang dikenakan untuk merakamkan majlis terpenting mereka tersebut terlalu mahal dan tidak mampu dibayar. Mereka tidak berfikir bahawa hanya gambarlah yang merakamkan segala peristiwa dan persiapan-persiapan lain. Adakah nilai gambar yang berharga ratusan atau hanya seribu ringgit lebih murah nilainya dari pelamin yang digunakan sehari dua sahaja? Gambar merakamkan segala peristiwa samada penting atau sebaliknya pada majlis berkenaan dan mampu menterjemahkan seribu makna kepada sesiapa sahaja yang menatapnya. Mungkin jangka hayat gambar lebih panjang dari umur pasangan pengantin itu sendiri jika pengantin memilih untuk mengabadikannya secara story book.
Oleh itu fotografi perkahwinan merupakan perkara wajib yang ditempah oleh pasangan pengantin baru masakini. Tanpa khidmat fotografi samada dari kalangan profesional mahupun part time, seolah-olah majlis perkahwinan berkenaan tidak lengkap. Ada majlis perkahwinan boleh berjalan tanpa paluan kompang, tanpa ada nyayian karaoke, tanpa ada pesilat dan orang ramai tetapi jika majlis perkahwinan tanpa jurugambar, cubalah anda bayangkan sendiri???
Gambar yang dihasilkan bergantung kepada permintaan pasangan pengantin. Jika mereka mahukan majlis mereka dirakam dan buat dengan penuh teliti untuk kelihatan cantik, masalah harga bukan menjadi masalah utama. Pasangan pengantin kini sudah pandai menilai hasil kerja seseorang jurugambar dengan membandingkan hasil kerja yang berkualiti tanpa mengambilkira tentang bayaran kerana duit boleh dicari tetapi hasil yang berkualiti tidak akan datang selalu. Secara teori gambar adalah segala-galanya...


